Halal Hub Makanan Paris Baguette Kini di Johor

Hub jenama besar roti dan pastri Korea PARIS BAGUETTE ini telah dibuka dengan rasminya hari ini oleh Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi. Menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran halal roti dan pastri global, Johor Bahru menjadi pilihan mereka untuk membuka kilang berdasarkan faktor lokasi strategik dan kemudahan insfra terbaik.

Usaha membawa masuk pelaburan ini telah dimulakan di zaman pentadbiran YAB Menteri Besar Johor ke 18 Datuk Seri Hasni Mohammad dan ianya dapat direalisasikan kini .

Kita gembira apabila para pelabur terus bertandang ke Johor bagi membuka perniagaan mereka. Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura menjadi nilai tambah terbaik bagi mentransformasikan Negeri Permata Selatan ini pilihan utama pemain industri halal dunia.

Alhamdulillah, Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor akan terus memastikan ekosistem halal di Johor memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pemain industri halal yang berhasrat mengembangkan sayap perniagaan mereka ke bumi Johor Darul Ta’zim.

Cun🫰