Mesyuarat Pembentangan Pelan Tindakan dan Garis Masa Projek Pembangunan PBT di Johor

Alhamdulillah,

Saya telah menpengerusikan Mesyuarat pembentangan pelan tindakan dan garis masa projek pembangunan PBT di Johor yang telah memperincikan pelaksanaan 40 projek berimpak tinggi dengan peruntukan yang signifikan.

Projek-projek ini, yang akan bermula Januari 2025 dan dijangka siap menjelang suku keempat tahun yang sama, merangkumi:
1) Penambahbaikan infrastruktur seperti longkang utama, jalan, dan parit.
2) Pemasangan teknologi pintar seperti Smart CCTV dan pusat operasi mini.
3) Peningkatan kemudahan awam, termasuk stadium mini dan dewan komuniti.

Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam memastikan pembangunan mampan dan perkhidmatan kerajaan yang cekap demi manfaat rakyat.

Kerjasama erat antara semua pihak terlibat akan terus diperkukuh untuk memastikan pelaksanaan projek-projek ini berjalan lancar dan memberikan impak positif kepada seluruh Bangsa Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor