Projek Penyediaan Infrastruktur Majlis Perbandaran Kulai

Saya telah turun melihat sendiri Kerja-Kerja Membina Bumbung di Gelanggang Futsal di Taman Desa dan juga Kerja Membina Tempat Letak Kenderaan di Kawasan Lapang di Taman Mewah.

Kedua-dua Projek ini dengan kos RM 696,702.00 telah disempurnakan sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Kulai mula digunakan sepenuhnya pada Disember 2024.

Projek ini juga merupakan antara komitmen Majlis Perbandaran Kulai melalui penyediaan infrastruktur bagi memudahkan urusan seharian rakyat.

Jutaan terima kasih Tuan Haji Fahmi Salam YDP Majlis Perbandaran Kulai & Encik Din Bin Mohamad Ahli Majlis Perbandaran Kulai
Kerajaan Negeri dibawah urustadbir YAB Dato Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor akan sentiasa berusaha memastikan urusan rakyat dipermudahkan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dipermudahkan.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor