Mesyuarat Penyelarasan Gerak Kerja WCare Johor
Pada sebelah petang, saya mempengerusikan mesyuarat penyelarasan gerak kerja berkaitan WCaRe Johor (Women Cancer Reproductive Awareness) bersama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara & Yayasan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat.
WCaRe Johor merupakan inisiatif sambungan yang terdapat di bawah Teras 3: Jaringan Keselamatan Sosial. Banyak perkara yang telah dibincangkan bersama dalam memastikan pelaksanaan Program WCare Johor berjalan dengan lancar.
Turut sama Dr Salmi Jalina binti Jalil, Pengarah Lppkn Johor; Dr. Aisyah Sulaiman, Pegawai Perubatan LPPKN; Encik Zulkafli bin Kadir, Ketua Bahagian Pembangunan Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim; Puan Sapilah binti Hashim, Pegawai Khas Menteri Besar Johor; dan Matron Felomina LPPKN.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor