PERJUMPAAN PENYELARASAN INISIATIF BELANJAWAN JOHOR 2025

Alhamdulillah, pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Penyelarasan Inisiatif Belanjawan Johor 2025 bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk membentangkan secara lebih terperinci dari senarai projek-projek dan menerangkan gerak kerja bagi setiap inisiatif yang telah diluluskan dalam Belanjawan Johor 2025.

Turut bersama Puan Nor Faezah binti Md. Esa, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim; Puan Rozzaliana Binti Misron, Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan YPKDT; Encik Zulkafli Bin Kadir, Ketua Bahagian Pembangunan Keluarga YPKDT; Puan Norisah Binti Murad, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan YPKDT; Encik Ahmad Najahal Hafriz Bin Zulkifli, Ketua Bahagian Pembangunan Kanak-Kanak & Remaja YPKDT; Encik Mohamad Afiq Bin Mohd Alim, Ketua Unit Pembangunan Strategik YPKDT; Puan Siti Faizah Noor Binti Sabudin, Ketua Unit Pembangunan Wanita YPKDT; Puan Nur Hidayah Binti Mohd Assabri, Ketua Unit Kaungseling YPKDT dan Puan Nahzatul Warda binti Mohd Badri, Ketua Unit Pembangunan Keluarga.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor