Mesyuarat Perkara-Perkara Dasar bagi Rundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)

Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Mesyuarat Perkara-Perkara Dasar bagi Rundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri 2, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof di Parlimen Malaysia.

Mesyuarat ini diadakan bagi memperincikan dan memperkemas dasar-dasar yang akan memacu pembangunan ekonomi di wilayah ini, selain memastikan segala gerak kerja berjalan dengan lancar mengikut garis masa yang ditetapkan.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah aspek pembangunan semasa dan masa depan, sektor utama, kawasan yang berpotensi untuk dipromosikan di dalam JS-SEZ serta pakej insentif untuk menarik pelaburan asing, serta memastikan zon ini berdaya saing di peringkat global.
Kerajaan Negeri optimis JS-SEZ mampu menjadi platform terbaik bagi kedua-dua negara melonjakkan lagi trajektori ekonomi melalui peningkatan aliran rentas sempadan, serta diyakini mampu membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan membawa masuk pelaburan ke Johor dan Malaysia secara keseluruhan.

Semoga hasil limpahan ekonomi ini akan dirasai oleh segenap Bangsa Johor, dan merealisasikan hasrat Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030. Insya-Allah.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Turut hadir, Menteri Ekonomi, YB Tuan Rafizi bin Ramli; Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib; Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Liew Chin Tong; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Lee Ting Han; Ketua-ketua Setiausaha; Ketua-ketua Pengarah; serta Wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor