Majlis Pembukaan Pusat Logistik Serantau Mercedes-Benz Parts Logistics Asia Pacific Sdn Bhd
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang merasmikan Majlis Pembukaan Pusat Logistik Serantau Mercedes-Benz Parts Logistics Asia Pacific Sdn Bhd di Senai, Johor.
Pusat logistik ini terletak di kawasan RLCM @ Free Zone, Senai Airport City, Johor yang menawarkan infrastruktur moden dengan berkeluasan 96,000 meter persegi dan kemudahan logistik yang sangat baik, menjadikannya hub ideal untuk operasi serantau.
Sebagai Asia Pacific Center of Competence untuk Mercedes-Benz, pusat logistik ini bukan sahaja akan menyelaraskan rantaian bekalan alat ganti di seluruh Asia Pasifik, tetapi juga menyokong kepentingan pelaburan jangka panjang di Johor.
Pembukaan pusat logistik Mercedes-Benz ini, yang melibatkan lebih 160 orang pekerja, akan memperkukuh lagi ekosistem tersebut dengan menawarkan peluang pekerjaan berkualiti, pembangunan kemahiran, dan penglibatan komuniti setempat dalam sektor industri yang semakin berkembang.
Negeri Johor memiliki kelebihan daya saing dengan kemudahan pelabuhan, akses kepada rangkaian pengangkutan yang efisien, serta dasar kerajaan yang mesra perniagaan yang mendorong lebih banyak syarikat global untuk melabur di negeri ini.
Saya percaya melalui pembukaan pusat logistik Mercedes-Benz ini, Johor akan terus berkembang sebagai pusat kecemerlangan perniagaan dan logistik di Asia Tenggara, sekaligus meningkatkan dan memberi limpahan ekonomi kepada seluruh negeri dan Bangsa Johor. Insya-Allah.
Turut hadir Pegawai Daerah Kulai, Encik Fizwan Bin Dato‘ Haji Mohd Rashidi; Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulai, Tuan Haji Mohd Fahmi bin Salam; Pengarah Eksekutif Pembangunan Perkhidmatan MIDA, Puan Zuaida Abdullah; Ketua Operasi Logistik Global Mercedes-Benz, Mr. Klaus Ziemsky; Ketua Rangkaian Rantaian Bekalan Global Mercedes-Benz, Mr. Steffen Holzer; Ketua Logistik Alat Ganti Asia Pasifik Mercedes-Benz, Mr. Jan Fischer; serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Agensi.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Peliharakan Sultan