Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) bagi DUN Buloh Kasap dan DUN Bekok

Alhamdulillah. Bersama-sama Pegawai Daerah Segamat, YBhg Tuan Haji Ezzuddin bin Sanusi bagi mempengerusikan Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) bagi DUN Buloh Kasap dan DUN Bekok.

Platform ini merupakan inisiatif utama Kerajaan Negeri Johor bagi membincangkan isu-isu berbangkit, mengambil pandangan, cadangan, perancangan serta pemantauan pelaksanaan program/projek pembangunan di setiap DUN.

Sebagaimana yang ditekankan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, platform ini penting supaya segala isu dan cadangan pembangunan di peringkat DUN dapat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya oleh semua jabatan/agensi kerajaan, sama ada di peringkat daerah, negeri atau persekutuan.

Terima kasih kepada YB Adun Bekok, Tuan TAN CHONG, Penghulu, Ketua Kampung serta semua jabatan/agensi yang terlibat dalam mesyuarat ini, termasuk komitmen dan kerjasama dalam menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.