Pertemuan Bersama Kepimpinan Baharu JKM Johor dan JPOKU
Hari ini saya bertemu dengan Encik Pathmanathan Nalasamy, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah JKM Negeri Johor – JKMNJ. Beliau akan melapor diri sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat. Turut bersama, Encik Ahmad Hashim Bin Selamat, yang bakal memulakan tugas sebagai Pengarah JKM Negeri Johor mulai pada 18 Februari 2025.
Pertemuan ini memberi ruang kepada kami untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu penting, khususnya berkaitan wanita, kanak-kanak, OKU, serta hal-hal kebajikan di bawah JKM.
Saya zahirkan sekalung penghargaan dan ucapan setinggi tinggi tahniah dan terima kasih kepada Encik Pathmanathan A/L R. Nalasamy atas jasa dan dedikasi beliau dalam menggalas amanah menjaga kebajikan rakyat Johor.
Saya juga mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Encik Hasyim dan mendoakan agar beliau dapat meneruskan usaha memperkukuh kebajikan masyarakat Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor