Pemantauan Tapak Projek YAB MB Johor ke Pembinaan RPJ Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim

Satu sesi lawatan pemantauan tapak projek Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor ke pembinaan Rumah Pesona Johor (RPJ) Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim.

Tujuan pemantauan bagi meninjau perkembangan terkini projek bagi memastikan pelaksanaan pembinaan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Turut hadir Puan Noor Faezah binti Md. Esa, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim; Tuan Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor; Encik Zulkafli Bin Kadir, Ketua Bahagian Pembangunan Keluarga YPKDT; Puan Dalyana Murni Binti, Penolong Setiausaha (Pembangunan Sektoral) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor – Laman Rasmi, Cik Siti Faizah Noor binti Sabudin, Ketua Unit Pembangunan Wanita Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim; Jurutera Daerah Johor Bahru dan Pihak Kontraktor Deantara Niaga Corporation Sdn Bhd.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor