22 Murid Tahun 1 SK LKTP Nitar 1 – Dapat Kit dan Beg Sekolah

Seramai 22 murid Tahun 1 SK LKTP Nitar 1 menerima kit alat tulis dan beg sekolah lengkap dengan keperluan sekolah, hasil inisiatif YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, dengan sokongan khas daripada FELDA.

Saya yakin bantuan ini bertujuan memberikan permulaan terbaik kepada murid-murid dalam perjalanan akademik mereka, selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor untuk memperkasakan pendidikan. Sokongan daripada FELDA pula menunjukkan komitmen dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian.

Dengan persiapan yang lebih lengkap, diharapkan murid-murid ini dapat melangkah ke alam persekolahan dengan keyakinan dan semangat tinggi untuk mencapai kecemerlangan.