Pembentangan Belanjawan Johor 2026
Syukur Alhamdulillah. Hari ini saya selesai membentangkan Belanjawan Johor 2026, sebuah belanjawan yang digarap dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada seluruh Bangsa Johor.
Bertemakan “Bangsa Johor Sejahtera”, belanjawan ini merangkumi 260 inisiatif yang menyentuh setiap lapisan masyarakat daripada pendidikan, kesihatan, kebajikan rakyat, hinggalah kepada pemerkasaan belia, wanita, komuniti luar bandar serta usaha memakmurkan ekonomi negeri.
Belanjawan ini mengunjurkan hasil sebanyak RM2.55 bilion dengan unjuran perbelanjaan RM2.546 bilion, sekaligus menjadikannya sebuah belanjawan surplus. Ia mencerminkan kekuatan asas ekonomi negeri, pengurusan fiskal yang berhemah serta kepercayaan rakyat yang terus menjadi nadi kemajuan Johor.
Namun dalam segala pencapaian ini, saya sedar dan insaf bahawa masih banyak lagi keperluan rakyat yang harus dipenuhi. Justeru, Kerajaan Negeri akan terus berusaha sehabis baik, bekerja dengan lebih gigih dan lebih telus dalam memastikan setiap ringgit hasil negeri dipulangkan kepada rakyat, agar tiada siapa yang tercicir dalam arus pembangunan.
Di kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera Kerajaan Negeri, para pegawai, agensi, rakan strategik serta semua yang bekerja tanpa lelah dalam memastikan belanjawan ini lengkap, bertanggungjawab dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Semoga Belanjawan Johor 2026 menjadi pemangkin kepada perjalanan besar kita menuju negeri maju pada 2030, dan semoga Allah SWT terus memberkati usaha kita untuk membina sebuah negeri yang sejahtera, makmur dan penuh harapan untuk semua. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #BelanjawanJohor2026 #BangsaJohorSejahtera




