Pembuka Jumaat Minggu Pertama dimulai dengan Program Semarak Subuh Tahun 2025

Syukur Alhamdulillah, pembuka Jumaat minggu pertama tahun ini dimulai dengan program Semarak Subuh Tahun 2025 bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi serta semua jabatan dan agensi negeri Johor di Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Di samping itu, bacaan 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi serta tazkirah Subuh diikuti dengan sarapan pagi bersama semua jemaah.

Semoga program ini menjadi titik permulaan tahun 2025 ini kepada kita umat Islam untuk terus istiqamah dalam menjaga solat fardhu serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT, In Shaa Allah.