Pembukaan Khabib Gym di Negeri Johor

Pembukaan Khabib Gym di negeri Johor

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Syukur Alhamdulillah, saya dan delegasi Kerajaan Negeri Johor berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama Khabib “the Eagle” Nurmagomedov, bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight di Abu Dhabi.

Semasa sesi mengadap DYAM Pemangku Sultan Johor dengan Khabib Nurmagomedov pada awal Oktober lalu, kami telah berbincang mengenai program pembangunan belia dan cadangan untuk membuka gimnasium latihan di negeri Johor.

Menerusi perjumpaan hari ini, saya telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bersama Khabib Nurmagomedov bagi pembukaan Khabib Gym di negeri Johor. Delegasi Kerajaan Negeri juga berpeluang melawat The Eagle, MMA atau Khabib Gym yang terletak di Abu Dhabi. Saya amat kagum melihat sendiri fasiliti bertaraf dunia yang ada di sini, termasuk MMA octagon serta ruang khas untuk seni mempertahankan diri seperti Jiu-Jitsu, Muay Thai, boxing, dan wrestling.

Selain itu, gimnasium ini juga dilengkapi dengan peralatan lengkap untuk latihan kardio dan angkat berat. Fasiliti pemulihan juga turut disediakan, termasuk sauna dan kolam renang yang memberi peluang kepada pengguna mencapai prestasi terbaik dalam menjalankan latihan.

Semoga dengan kerjasama ini, Johor akan terus maju dalam pembangunan ummah serta dapat membuka lebih banyak fasiliti sukan bertaraf dunia, yang memberi manfaat kepada Bangsa Johor terutamanya Orang Muda Johor dalam dunia sukan. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati usaha ini. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor