Pemerkasaan Pendidikan Islam di Batu Pahat Melalui Peruntukan Kerajaan Johor
Alhamdulillah
Pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama Kerajaan Johor dan Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) terus mendapat perhatian penting Kerajaan Johor.
Untuk Batu Pahat sahaja, sejumlah RM530,000-00 disalurkan ke 106 buah bilik guru dengan setiap Sekolah memperoleh RM5,000-00.
Bagi peruntukan baik pulih Sekolah – Sekolah Agama Kerajaan Johor di Batu Pahat melalui peruntukan Majlis Agama Islam Johor, RM1,276,180 disalurkan kepada 8 buah sekolah. Manakala 21 buah sekolah pula menerima jumlah terkumpul RM1,837,800-00 yang disalurkan melalui peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Untuk institusi pendidikan Islam Swasta, sebanyak 14 buah institusi menerima peruntukan JAKIM berjumlah keseluruhannya RM1,107-400-00.
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat Johor pula menerima peruntukan RM32,000-00 dari MAINJ.
MAINJ turut menyalurkan bantuan berikut bagi tujuan pemerkasaan Pendidikan Islam di Batu Pahat iaitu :-
– RM273,500-00 bantuan awal persekolahan;
– RM286,630-00 bantuan harian anak orang asli Islam; dan
– RM164,000-00 bantuan pakaian sekolah
Saya hadir dan menyempurnakan penyampaian bantuan – bantuan di atas. Tahniah Hj Johari Musa Pegawai Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat dan semua Pegawai serta Guru – Guru Besar Sekolah dan Mudir Madrasah yang turut hadir.
Terus kita sama – sama memartabatkan Pendidikan Islam di Johor.
Semoga Allah memberkati usaha kecil kita ini. Aamin