Lawatan ke Klinik Kesihatan Sri Menanti, Muar

Pagi ini, saya telah melawat Klinik Kesihatan (KK) Sri Menanti, Muar. Klinik ini telah beroperasi sejak tahun 1970-an dan kini menerima sekitar 100 hingga 150 pesakit setiap hari.

Terdapat empat orang doktor bertugas di sini, menyediakan perkhidmatan pesakit luar, unit kecemasan, dan bahagian ibu dan anak. Para doktor di klinik ini juga sangat mesra dan dekat dengan masyarakat setempat.

Klinik ini bakal menerima peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja-kerja penambahbaikan, yang dijangka bermula pada awal bulan Mac. Ketika ini, petugas kesihatan sedang sibuk mengalihkan perkhidmatan ke bangunan lama di bahagian belakang, sementara bahagian ibu dan anak akan dipindahkan buat sementara ke Klinik Desa Parit Pecah.

Kami berharap projek ini dapat berjalan lancar dan siap dalam tempoh enam bulan seperti yang dirancang, supaya penduduk setempat dapat menerima rawatan dalam persekitaran yang lebih selesa.

Kepada penduduk setempat, kami memohon sedikit kesabaran dalam menghadapi kesulitan sementara ini, demi manfaat jangka panjang yang lebih baik.