Pemerkasaan SRBJ: Bahasa Inggeris Teras Kecemerlangan
Hari ini saya berkesempatan turun padang ke Bengkel Penataran English Project-Based Learning (PBL) bersama Johor English Language Academy dan program Pemerkasaan Standard 4 di New York Hotel, Johor Bahru.
Seramai 42 guru SRBJ serta wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor hadir bagi memperkasakan pengajaran Bahasa Inggeris melalui pendekatan PBL yang lebih interaktif.
Semoga bengkel ini membantu warga pendidik dalam memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris, sekali gus melahirkan generasi Johor yang lebih berdaya saing!