Hala Tuju Perikanan Johor dan Penghargaan kepada Pengarah Perikanan Negeri
Terima kasih YBrs. Encik Abdul Rahman bin Abdul Wahab, Pengarah Perikanan Negeri Johor atas perjumpaan kali ini bagi melaporkan pelaksanaan 2024 dan hala tuju sektor perikanan Negeri Johor sepanjang tahun 2025.
Ia termasuklah pembangunan dalam konteks industri akuakultur, perlindungan sumber perikanan, pembangunan Taman Laut Negeri Johor serta nelayan laut dan darat.
Antara gerak kerja terdekat yang akan dijalankan adalah
Pelepasan 1 juta Benih Perikanan Ke Perairan Umum / Sungai di kawasan tumpuan nelayan darat setiap daerah, Projek Estet Kerang-kerangan Negeri Johor dan sebagainya.
Tuan Pengarah akan berpindah ke Jabatan Perikanan Laut Sarawak berkuatkuasa minggu hadapan. Terima kasih atas khidmat bakti beliau sepanjang bertugas di Johor dan kami doakan beliau terus maju jaya di tempat baharu !
Turut hadir sama ialah En Kon Yui Hooi, Ketua Cawangan Biosekuriti Perikanan Negeri Johor dan juga En. Muhammad Irfan bin Ahmad Hanizar Ketua Unit Konservasi Negeri Johor.