Pencapaian Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Komunikasi Negeri Johor sepanjang 12 bulan pada tahun 2024
Assalamualaikum dan Salam Maju Johor
Alhamdulillah, saya dengan rasa bangga ingin mengumumkan beberapa pencapaian yang telah dicapai di bawah portfolio Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Komunikasi Negeri Johor sepanjang 12 bulan pada tahun 2024. Pencapaian ini adalah hasil usaha dan kerjasama erat daripada pelbagai pihak yang terlibat.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang telah berganding bahu menyumbang kepada kejayaan ini. Berikut adalah beberapa projek dan program yang telah berjaya dilaksanakan, memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat, terutamanya rakyat Johor.
Dalam usaha mencapai matlamat menjadikan Johor negeri maju menjelang tahun 2030, setiap isu yang timbul perlu ditangani dengan tindakan proaktif. Langkah ini penting demi memastikan keselesaan, kesejahteraan, serta keselamatan rakyat. Malah, usaha ini juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan dan menjamin kestabilan ekonomi negeri Johor.
Pencapaian sepanjang tahun 2024 membuktikan bahawa melalui perbincangan dan kerjasama yang baik, kita bukan sahaja mampu menyelesaikan isu-isu yang dihadapi tetapi juga berjaya menaik taraf dan menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada rakyat.
Saya yakin dan percaya bahawa inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2025 oleh YAB Menteri Besar Johor akan memberikan manfaat yang lebih besar melalui pelaksanaan projek-projek baharu pada tahun 2025.
Semoga segala gerak kerja kemajuan di negeri Johor pada tahun 2025 dipermudahkan. Aamiin