PENGAGIHAN BAKUL BUAH LIMAU
Gong Xi Fa Cai, Xi Nian Kuai Le! Semoga tahun ini membawa lebih banyak kemakmuran, kebahagiaan dan berkat untuk kita semua 


Saya telah mengagihkan buah limau di KampungKu Parit Bunga sebagai simbol harapan dan kemakmuran. Marilah kita sambut dengan semangat yang positif, menyebarkan keceriaan dan keberuntungan kepada semua.
Setiap limau yang diberi adalah doa saya untuk kesejahteraan dan kebahagiaan setiap orang.
Turut bersama Mr Sia Heok Lim, Ketua Masyarakat MCA LEDANG JOHOR; dan Mr Siaw Keng Chang, Penyelaras Masyarakat Cina DUN Serom