PERASMIAN PROGRAM BADMINTON JUNIOR CHAMPIONSHIP 2025

Program ini bukan hanya tentang pertandingan, tetapi juga mengenai mengasah disiplin, semangat juang, dan memberi inspirasi kepada lebih ramai atlet muda untuk mengejar impian mereka.

Saya berharap Badminton Junior Championship 2025 AG Sports Limited MCA LEDANG JOHOR akan menjadi medan untuk mencungkil bakat-bakat hebat yang bakal mewarnai dunia badminton di masa hadapan. 🌟

Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus dalam penganjuran program ini. Semoga acara ini membawa pengalaman yang bermakna dan memberi impak positif kepada perkembangan sukan badminton di kalangan atlet muda kita.

Turut hadir Gan Poh Mun, Penasihat Persatuan Hai Yang; Lim Zai Guang, Pengerusi Persatuan Hai Yang; Go Kim Kuee, Pengerusi Organizer; Chun Sean GO, Naib Pengerusi Organizer; Ong Wen Cheng, Wakil Ketua MCA Bhg Ledang; Ong Chee Siang, Ahli Majlis Zon 1 Bandar Tangkak Timur; dan Yong Chew Seaw, Ahli Majlis Zon 3 Tangkak Utara.