Penyampaian Bakul Kasih Johor di Kawasan Bandar Putra

Alhamdulillah…
Penyerahan sumbangan Bakul Kasih Johor diteruskan dan kali ini saya telah menyampaikan lebih 400 bakul terus kepada penerima di Kawasan Bandar Putra.

Bakul Kasih Johor adalah salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Johor dibawah kepimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya mereka yang terkesan akibat pandemik, bencana alam, atau keadaan ekonomi yang mencabar.

Program ini melibatkan pemberian bantuan barangan keperluan asas iaitu beras, minyak masak, gula, dan barang keperluan lain.

Dalam kesempatan ini juga sedikit sumbangan berupa “Sarap Percuma” telah diberikan bagi menjamu kesemua penerima yang datang bersama keluarga. Alhamdulillah program ini selain dapat membantu penerima, ianya juga sekaligus dapat membantu peniaga di Shoutern Tiger Hub, Kulai.

Proses penyerahan ini juga telah melibatkan para pimpinan masyarakat agar sumbangan ini dapat diagihkan dengan teliti bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Selain membantu meringankan beban penerima, inisiatif seperti ini juga mencerminkan semangat kerjasama dalam Bangsa Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
—————————————————
See translation
Like

Comment
Send
Share