Semarak Subuh Johor 2025 dan Penyampaian Bakul Kasih Johor DUN Bukit Permai
Alhamdulillah,
Pagi tadi seusai #semaraksubuhjohor2025 saya sempat menyampaikan Bakul Kasih Johor kepada penerima dikawasan Taman Desa, Taman Saga, Permata Impian, Ladang Keelan dan juga kawasan berdekatan.
Program Bantuan Kasih Johor merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk membantu keluarga miskin dan golongan B40 di seluruh negeri.
Program ini akan mengagihkan 5,000 bakul makanan kepada setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berfasa bermula akhir tahun ini hingga bulan depan.
Program ini mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi dalam berkongsi rezeki dan limpahan kemakmuran ekonomi kepada rakyat Johor, berikutan hasil negeri yang mencecah RM2 bilion buat pertama kali dalam sejarah.
Program ini diharapkan dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Johor serta menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor