Penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2025 Kepada Rakyat Di DUN Machap

Syukur Alhamdulillah, setiap kali balik ke kawasan Machap, Simpang Renggam, hati saya sentiasa gembira. Lebih bermakna lagi apabila kali ini saya dapat menyempurnakan Penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2025 kepada rakyat di DUN Machap.

Menerusi Belanjawan Johor 2026, Kerajaan Negeri telah mengumumkan 23 inisiatif di bawah Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang melibatkan pelbagai kumpulan sasar, dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM170.7 juta, memanfaatkan lebih 355,000 penerima di seluruh Johor.

Bagi sesi penyampaian di DUN Machap kali ini, seramai 5,376 penerima telah menerima manfaat BKJ, melibatkan veteran dan pesara tentera & PDRM, penjawat awam Persekutuan, penggerak ekonomi akar umbi termasuk petani, penternak, nelayan, pemandu perkhidmatan dan komuniti Orang Asli, serta golongan yang memerlukan seperti warga emas, OKU, pesakit kronik, anak yatim dan keluarga miskin.

Menerusi program ini, saya juga turut meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra bersama orang DUN Machap. Seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini, hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Johor dan memastikan segala limpahan pembangunan negeri dikongsi serta dirasai oleh seluruh masyarakat, tanpa ada yang ketinggalan.

Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda kebajikan, menambah baik sokongan kepada golongan yang memerlukan, dan memastikan kesejahteraan rakyat kekal sebagai keutamaan dalam setiap dasar dan keputusan.

Terima kasih atas sambutan dan layanan mesra keluarga besar saya di DUN Machap. Semoga segala usaha ini menjadi asbab bertambahnya rahmat, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh Bangsa Johor, hari ini dan untuk masa hadapan. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #BantuanKasihJohor #OHMachap