Penyerahan Bantuan Persekolahan Diteruskan Demi Anak-Anak Johor

Walaupun sesi persekolahan sudah bermula, penyerahan bantuan persekolahan masih giat diteruskan demi anak-anak Johor.

Semalam saya sempat menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Back to School daripada Yayasan Sultanah Rogayah kepada murid-murid Tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Tun Aminah.

Semua Bangsa Johor tidak dilupakan, malah diberi perhatian penuh serta dibantu demi memperoleh kualiti pendidikan yang lebih baik.

Terpancar kegembiraan di wajah anak-anak Tahun 1 apabila menerima sumbangan ini. Semoga ia dapat membantu dan menyemarakkan semangat mereka untuk ke sekolah dengan lebih bersemangat.

Turut hadir, YB Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya serta SAC (B) YB Dato’ Sugumaran A/L Raman, Pengerusi Yayasan Sultanah Rogayah.