Pembentangan Gerak Kerja Inisiatif Belanjawan 2025 Negeri Johor

Susulan pembentangan KPI bersama YAB Menteri Besar Johor Dato Onn Hafiz Ghazi bagi belanjawan Johor 2025 Disember lalu berkenaan Menaik Taraf dan Membaik Pulih Premis bagi Pusat Pemulihan Dalam Komunitu (PDK) & Pusat Aktiviti Warha Emas (PAWE), saya bersama JKM Negeri Johor – JKMNJ telah membentangkan gerak kerja terkini kepada YAB Menteri Besar Johor.

Kerajaan Negeri melihat Menaik Taraf dan Baik Pulih Premis PDK dan PAWE adalah inisiatif penting dalam meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan kepada golongan yang istimewa dan memerlukan.

Kerajaan Negeri di bawah naungan YAB menteri Besar Johor akan berusaha menambah baik segala perkara bagi memastikan kebajikan rakyat Johor terjaga.

Bersama-sama dalam mesyuarat Encik Ahmad Hashim bin Selamat, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor; Puan Muzairiah binti Bajuri, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor; Puan Juriza Binti Redzuan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JKMNJ; Puan Sapilah binti Hashim, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor