Perasmian Pejabat IMFC-J Memacu Pelaburan dan Pertumbuhan Ekonomi Johor

Syukur Alhamdulillah, pagi ini saya telah menghadiri Perasmian Pejabat Invest Malaysia Facilitation Centre-Johor (IMFC-J) di Forest City.

Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor atas perkenan berangkat ke majlis perasmian ini.

Seiring dengan penubuhan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), IMFC-J akan menjadi nadi utama dalam merevolusikan landskap pelaburan negeri—mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepatkan kelulusan projek, serta menarik limpahan pelaburan berkualiti tinggi yang bakal mencorak masa depan ekonomi Johor dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat.