Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Johor
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan mengiringi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dalam rangka lawatan kerja beliau ke Johor.
Lawatan dimulakan dengan sesi makan tengah hari yang dimanfaatkan sebagai platform perbincangan strategik, merangkumi perkembangan semasa serta penyelarasan hala tuju antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam memperkukuh agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor.
Seterusnya, kami menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Jamek Bandar Baru Permas Jaya dalam suasana penuh kebersamaan dan kesyukuran.
Lawatan diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama warga Institut Pendidikan Guru di Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim. Sesi ini memberi ruang kepada perbincangan yang lebih dekat dengan warga pendidik, termasuk menyentuh kepentingan memperkasa institusi latihan guru sebagai asas dalam melahirkan generasi masa depan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan berintegriti.
Semoga lawatan kerja ini terus memperkukuh keselarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sekali gus mempercepat pelaksanaan inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




