Perjumpaan bagi Pembentangan Pengoperasian Rumah Pesona Johor Bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
Jumaat I 10 Januari 2025
Seterusnya, saya hadir ke Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim bagi melihat pembentangan bagi pengoperasian Rumah Pesona Johor.
Banyak perkara yang telah dibincangkan dan telah diperhalusi bersama sebelum bermulanya pengoperasian Rumah Pesona Johor sebagai Rumah Perlindungan Sementara Wanita.
Turut bersama Puan Muzairiah Binti Bajuri, Timbalan Pengarah JKM Negeri Johor – JKMNJ; Encik Zulkafli bin Kadir, Ketua Bahagian Pembangunan Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim; Puan Siti Faizah Noor Binti Sabudin, Ketua Unit Pembangunan Wanita; Puan Rozalina Binti Omar, Ketua Unit dan Kajian Penyelidikan; Puan Masfarah Binti Mamat, Penolong Pegawai Tadbir; Encik Khairu Asri Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah JKM dan Puan Sapilah Binti Hashim, Pegawai Khas Menteri Besar Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Selamatkan Johor