Mesyuarat Inisiatif Belanjawan Johor 2025 di Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy

Jumaat | 10 Januari 2025

Alhamdulillah, saya telah mempengerusikan mesyuarat inisiatif Belanjawan Johor 2025 di Sekolah Pendidikan Khas Celebral Palsy Johor bersama YAD Datin Sharmin Fazlina binti Mohd Shukor, Pejabat Menteri Besar Johor dan YBM Tunku Hajah Fatimah Faridah Binti Almarhum Tunku Tan Sri Osman selaku Pengerusi Persatuan Cerebral Palsy Johor.

Mesyuarat diadakan bagi tujuan membincangkan cadangan dan idea dari pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek belanjawan yang diperuntukan kepada Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy Johor.

Turut hadir Puan Muzairiah Binti Bajuri; Timbalan Pengarah JKM Negeri Johor – JKMNJ Johor; Encik Hishamuddin bin Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation; Cik Nordalyana Murni Binti Fadzil; Penolong Setiausaha VI (Pembangunan Sektoral) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor – Laman Rasmi; Puan Sapilah Binti Hashim; Pegawai Khas Menteri Besar Johor; dan Pegawai Khas daripada Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan semua pegawai yang terlibat.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Selamatkan Johor