Perjumpaan Bersama YB Menteri Belia & Sukan & Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Bil.12

Sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Bilangan.12 bermula, saya berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh di pejabat beliau.

Banyak perkara sempat dibangkitkan khususnya mengenai pembangunan sukan, infra, kemudahan sukan dan program-program penganjuran yang akan diadakan di Johor, termasuklah di dalam kawasan DUN Larkin.

Saya kemudian bersama dengan rakan-rakan EXCO Belia dan Sukan dari seluruh negeri menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA.

Turut mengiringi saya ialah Penolong Pengarah, Seksyen Prestasi Tinggi dan Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Mohammad Syafiq bin Hassan.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah