Bertemu Pengusaha-pengusaha Taska Institusi Berdaftar Negeri Johor
Pada petang ini saya bertemu dengan pengusaha-pengusaha TASKA Berdaftar Negeri Johor dalam satu sesi Advokasi dan Taklimat Penarafan Bintang TASKA Institusi Berdaftar Negeri Johor Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Seroja, Kompleks Penyayang Kempas.
Program Penarafan BintangTASKA Institusi Berdaftar Negeri Johor Tahun 2025 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dibawah Teras 3 Maju Johor: Jaringan Keselamatan Sosial.
Hal ini bagi memastikan semua TASKA yang berdaftar memberikan perlindungan dan penjagaan yang terbaik kepada kanak-kanak. Sehingga Disember 2024 sebanyak 328 buah TASKA Institusi yang berdaftar di Negeri Johor.
Terima kasih saya ucapkan kepada pengusaha TASKA yang banyak memberikan kerjasama kepada kerajaan Negeri Johor khususnya dalam jagaan dan perlindungan serta perkembangan yang baik terhadap kanak-kanak di TASKA.
Tahniah dan terima kasih juga kepada JKM Negeri Johor – JKMNJ yang telah berjaya menganjurkan program ini. Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif terhadap pembangunan kanak-kanak di Negeri Johor.
Turut sama Yang Berbahagia Tn Haji Ahmad Hashim Bin Selamat, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor; Pn Muzairiah Binti Bajuri, Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Johor; Ketua-ketua Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor; Pegawai Diberi Kuasa TASKA dan Pusat Jagaan Negeri Johor; Pelindung Kanak-kanak Negeri Johor serta Pengusaha-pengusaha TASKA Institusi Berdaftar seluruh Negeri Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor