Perlawanan Akhir Piala Menteri Besar Johor
Saya berkesempatan menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Menteri Besar Johor antara pasukan MBIP FC menentang Sri Saujana Boys FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Tahniah buat MBIP FC yang berjaya merangkul gelaran Juara selepas menewaskan Sri Saujana Boys FC dengan jaringan 3-0.
Buat Sri Saujana Boys FC, ini bukan pengakhiran dan jadikan pengalaman hari ini sebagai motivasi untuk bangkit dengan lebih baik pada edisi akan datang.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah




