Semarak Subuh Johor & SV Go Green X Johor Bersih di Sungai tebrau, KG Bakar Batu

Awal pagi saya berkesempatan bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan jemaah bersama-sama menunaikan Solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

Turut bersama ialah selebriti dan juga pengacara terkenal, Saudara Alif Satar aktif menggerakkan usaha #GengSubuhMacamJumaat.

Usai Program Semarak Subuh Johor, saya terus ke Sungai Tebrau di Kampung Bakar Batu bersama dengan rakan EXCO, YB Ling Tian Soon AH SOON, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin masyarakat setempat bagi menyambut ketibaan YAB Menteri Besar Johor sempena Program Southern Volunteers (SV) Go Green X Johor Bersih.

Alhamdulillah, persisir Sungai Tebrau di Bakar Batu pagi tadi dibanjiri dengan lautan putih SV bagi menjayakan agenda Johor Bersih dengan bersama-sama gotong-royong membersihkan Sungai Tebrau.

Turut bersama, pempengaruh terkenal di TikTok khususnya dalam isu kebersihan parit dan sungai iaitu Amyika CEO L bersama Skuad Johor Bersih (SJB).

Tahniah dan syabas kepada semua kluster SV yang terlibat menjayakan program ini dan Insya-Allah sebagaimana saranan YAB Menteri Besar Johor, momentum ini kita teruskan untuk membersihkan sembilan (9) lagi sungai tercemar di dalam Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah
Skip to content