Program Agihan Bakul Kasih Johor bagi Fasa ke-3
Alhamdulillah, Program Agihan Bakul Kasih Johor bagi fasa ke-3 telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Beberapa pemimpin masyarakat di DUN Tanjung Surat bersama Pejabat DUN telah melaksanakan pengagihan di kawasan masing-masing. Sebanyak 3,000 bakul makanan berjaya diserahkan secara berperingkat.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua wakil masyarakat di kampung-kampung yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam menerima dan melancarkan proses agihan ini.
Semoga inisiatif Bakul Kasih ini dapat diagihkan secara adil dan saksama di setiap kawasan, seterusnya memberi manfaat yang besar kepada semua penerima.