Mengimarahkan Program Semarak Subuh

لاحول ولا قوة إلا بالله

Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Syukur Alhamdulillah, hari ini merupakan hari Jumaat pertama pada tahun 2025 dan saya berkesempatan untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Kota Iskandar.

Suasana Subuh yang tenang, disertai dengan kehadiran jemaah yang penuh bersemangat untuk mengimarahkan Program Semarak Subuh, benar-benar mengingatkan kita betapa pentingnya memulakan hari dengan ibadah, dalam usaha meraih redha Allah SWT.

Selepas solat, kami berpeluang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Taufiq tentang kemuliaan hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari. Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan hari Jumaat yang penuh barakah kepada hamba-Nya. Kita disunatkan juga untuk membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumat. Dengan membaca Surah Al-Kahfi, kita tidak hanya mendapat keberkatan duniawi, tetapi juga pahala yang besar di sisi Allah.

Pada hari Jumaat juga disunatkan untuk perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Nabi Muhammad SAW mengatakan “Sesungguhnya selawat kepada aku adalah penyebab diampuni dosa-dosa dan menghilangkan kesulitan.”

Semoga kita terus istiqamah dalam menghayati kemuliaan hari Jumaat sebagai tanda cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW. Insya-Allah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor