Program Agihan Pek Ikhlas Maybank Regional Ramadan Relief 2025 Yayasan Ikhlas
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Ikhlas yang telah memilih kawasan Taman Bayu Damai sebagai lokasi program ini. Program ini bukan sekadar satu bentuk agihan bantuan, tetapi merupakan satu simbol keprihatinan dan kasih sayang kepada masyarakat yang memerlukan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Faizul bin Fadzil, Penghulu Mukim Pantai Timur, yang mewakili Pejabat DUN Tanjung Surat.
Seramai 110 orang penerima yang terdiri daripada golongan yang memerlukan telah dipilih untuk menerima Pek Ikhlas, hasil sumbangan Maybank Regional melalui Yayasan Ikhlas.
Program seperti ini bukan sekadar membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat serta pihak korporat dan badan bukan kerajaan seperti Yayasan Ikhlas.
Semoga segala usaha dan sumbangan ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT serta membantu meringankan persiapan para penerima menjelang Ramadan Mubarak.