Talent Development is The Investment for the Future

Lebih daripada sekadar kemajuan infrastruktur, projek ini juga membuka ruang luas bagi pembangunan bakat tempatan dalam bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, dan pengurusan data. Dengan peluang latihan, pekerjaan berkemahiran tinggi, dan kolaborasi bersama pemain industri global, Johor bersedia melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Pembangunan kampus pusat data ini di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Iskandar Puteri bakal menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh infrastruktur digital negara. Dengan keluasan lebih 22 ekar dan potensi kapasiti sehingga 120MW kuasa IT, Johor terus melangkah ke hadapan sebagai hab teknologi dan data serantau.

Majlis Pecah Tanah Kampus Pusat Data ST Telemedia Global Data Centres ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Selain itu, dua Memorandum Persefahaman (MoU) turut ditandatangani bersama syarikat ini, melibatkan Johor Talent Development Council (JTDC) dan tenaga boleh diperbaharui.

Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem pembangunan bakat di Johor, malah membuka peluang lebih luas bagi generasi muda untuk meneroka bidang teknologi dan tenaga mampan. Dengan inisiatif ini, Johor terus melangkah ke hadapan sebagai hab inovasi yang berdaya saing di peringkat global.