Program Infaq Jumaat Johor

Syukur Alhamdulillah, program Infaq Jumaat Johor yang merupakan cetusan ilham DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terus mengangkat peranan masjid sebagai pusat kebajikan, perpaduan dan pemakmuran rumah Allah SWT. Ia memperkukuh budaya memberi, mengeratkan hubungan masyarakat dan menggalakkan semangat saling membantu dalam kalangan ummah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah dan menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Hadis ini mengingatkan kita bahawa setiap infaq yang dikeluarkan, walau kecil sekalipun, membawa keberkatan dan menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT kepada umat dan negeri Johor.

Pada kesempatan ini, marilah kita memohon agar Allah SWT melindungi negeri Johor daripada segala malapetaka dan musibah, khususnya banjir dan kesan Monsun Timur Laut. Semoga hujan yang turun menjadi rahmat, bukan mudarat dan keselamatan Bangsa Johor sentiasa berada dalam pemeliharaan-Nya. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #InfaqJumaatJohor #RapatkanSaf