Program Khatan Perdana YB Dato’ Mohd Jafni Bin Md Shukor

Program Khatan Perdana YB Dato’ Mohd Jafni Bin Md Shukor (Exco Kerajaan Negeri Johor) 2025.

Musim cuti persekolahan sudah bermula, justeru bermulalah juga musim berkhatan bagi kanak-kanak lelaki Islam di Malaysia. Menjadi satu budaya masyarakat di Malaysia untuk mengkhatankan anak lelaki sewaktu musim cuti sekolah.

Alhamdulillah program komuniti yang penuh meriah telah dianjurkan di awal cuti sekolah ini. Program ini berjaya mengkhatankan 100 orang “jejaka perkasa” yang juga merupakan penduduk di sekitar Daerah Kulai diadakan di Komplek Penghulu Mukim Sedenak.

Program dimeriahkan lagi dengan aktiviti tambahan yang menarik iaitu :-

✅ Berkhatan dengan kemudahan perubatan terbaik
✅ Aktiviti hiburan & “Games* untuk kanak-kanak oleh YPKDT.
✅ VAN MIND X YPKDT ( Nintendo, Play Station )
✅ Pemeriksaan PERCUMA oleh LPPKN
✅ Sesi ceramah Amalan Sakinah oleh YPKDT
✅ Sesi ceramah kesihatan dan pendidikan
✅ Gerai makanan dan minuman PERCUMA

Kerajaan Negeri dibawah urus tadbir YAB Dato Onn Hafiz Ghazi melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dan LPPKN yang turut bersama memeriahkan program kali ini.

Terima kasih juga kepada KLINIK ADHAM BUKIT BATU yang menyediakan perkhidmatan khatan yang terbaik ini.

Terima kasih juga kepada AJK, WANITA, PEMUDA DAN PUTERI Umno Bahagian Kulai yang bersama-sama membantu persiapan sehingga selesai program.

Kepada “Jejaka Perkasa” yang berjaya berkhatan tadi, tahniah diucapkan. Selamat datang ke alam dewasa Dan moga menjadi anak yang soleh membanggakan ibubapa.

Turut hadir bersama saya, Tuan Fizwan Bin Dato’ Mohd Rashidi – Pegawai Daerah Kulai, Ybhg Datuk Zainal Abidin Bin Jidin – Timbalan Ketua Bhg, En Mohd Fadil Bin Misnan – Naib Ketua Bhg merangkap Ketua WHIP MPKu, Pn Nahzatul Warda binti Mohd Badri – Ketua Unit YPKDT, En Ghazali Bin Mohd Seh – Pegawai Tadbir YPKDT, Tok Amirul Ali Zulkifli – Penghulu Mukim Sedenak, Tok Sahri Masari – Ketua Kg, Kg Ayer Manis, Pn Nurul Nadia Bt Ab Azis – Ketua Wanita Bhg, Sdr Mohd Kamal Ulum Morsin – Ketua Pemuda Bhg, Pn Suhaizan Sukemi – Ketua Puteri Bhg, Ketua – Ketua Kampung (Tok Surono, Tok Azam, Tok Hussin, Tok Zakaria, Tok Tugiman, Tok Azam), AJK Bahagian (Ust Nazlei, En Arif, En Dino, Ust Hazman, Tok Hussin, En Roslan, Tok Adnan, Tok Azam, Tok Omar, Tok Hanafia, Tok Sinuan, En Hishamuddin, En Najib, Hj Zainal, En Fauzan, Sdr Hidayat, Sdr Mussyahirin, Sdri Umairah ), Ketua Cawangan En Dolmat, En Samat.

Allah Peliharakan Sultan
Alllah Berkati Johor