LAWATAN KERJA RASMI KE KHABIB GYM DI ABU DHABI & KEMUDAHAN SUKAN PADEL

Menjunjung Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Alhamdulillah, ketika lawatan rasmi diketuai YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi pada bulan lepas telah termeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Johor bersama Khabib Gym bagi membina fasiliti bertaraf dunia yang berada di Yas Island, Abu Dhabi itu di Johor.

Kini Majlis Sukan Negeri Johor – MSNJ bersama pihak bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight, Khabib “the Eagle” Nurmagomedov sedang giat melakukan perbincangan bagi memutuskan rekabentuk serta model perniagaan bagi pengoperasian Khabib Gym di Johor.

Insya-Allah, Majlis Pecah Tanah Khabib Gym di Johor dijangka akan berlangsung pada tahun ini. Sama-sama kita doakan usaha ini dipermudah dan berjalan dengan lancar.

Selain ke Khabib Gym dan mengiringi YAB Menteri Besar Johor ke Lawatan Misi Pelaburan, saya berpeluang meninjau dan mencuba sendiri kemudahan sukan Padel yang terdapat di Dubai Sports City (DSC).

Sukan Padel dan Pickelball antara sukan yang semakin meningkat naik di Malaysia khususnya Johor. Sukan ini juga sudah memiliki komuniti dan penggerak yang aktif selain sentiasa menyertai kejohanan-kejohanan terbuka.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri Johor menerusi MSNJ kini sedang giat berusaha mewujudkan kemudahan atau fasiliti sukan ini untuk menyemarakkan lagi semangat kesukanan dan Xtif Johor dalam kalangan rakyat negeri ini.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah