Program Latih Amal Ex Railguard 2025 Di Stesen KTMB Kluang
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas perkenan mencemar duli berangkat mengetuai Program Latih Amal Ex Railguard 2025 di Stesen KTMB Kluang.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menyaksikan sendiri latihan simulasi insiden keganasan di gerabak ETS. Latihan ini menguji keupayaan pasukan keselamatan dalam operasi counter-terrorism, usaha menyelamat mangsa tebusan dan pengurusan krisis.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, KTMB serta semua agensi keselamatan dan jabatan kerajaan termasuk PDRM, ATM, GGK, PGA, JMF, KKM dan agensi sokongan lain atas kerjasama strategik dan komitmen tinggi bagi memastikan latihan ini berjalan dengan lancar.
Penganjuran latihan ini dapat mengukuhkan koordinasi antara agensi keselamatan dan memastikan prosedur, keupayaan taktikal serta sistem sokongan berfungsi pada tahap terbaik. Ia memberi peluang kepada setiap pasukan untuk mengasah kemahiran dan menguji kecekapan dalam menghadapi situasi sebenar.
Dengan pendekatan menyeluruh, semua agensi dapat bergerak sebagai satu pasukan yang cekap, padu dan teratur demi keselamatan rakyat. Semoga usaha ini terus mempertingkat kesiapsiagaan Johor dalam mengurus ancaman keselamatan moden dan menjadi contoh terbaik latihan respons krisis di peringkat nasional. Insya-Allah.
Allah Peliharakan SultanAllah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




