Projek Baharu Di Bawah Rolling Plan RM Ke-13
Syukur Alhamdulillah. Antara projek baharu di bawah Rolling Plan RMKe-13 adalah Pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan bagi laluan Yong Peng Utara – Senai Utara (Fasa 4: Machap – Ayer Hitam) dengan peruntukan sebanyak RM210 juta.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, serta seluruh warga Kementerian Kerja Raya (KKR) atas keprihatinan dan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur di Johor.
Perjumpaan ini juga terus membuka ruang kepada kerjasama strategik yang lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam pelaksanaan projek naik taraf dan penyelenggaraan jalan Persekutuan, pembangunan infrastruktur penting, serta peningkatan kemudahan asas yang memberi manfaat langsung kepada lebih 4 juta rakyat Johor.
Pihak KKR turut menzahirkan kesediaan mereka untuk terus menyokong agenda pembangunan negeri, termasuk usaha menaik taraf jalan raya, memperkukuh penyelenggaraan aset kritikal, serta memastikan kelancaran sistem perhubungan dan keselamatan pengguna di seluruh negeri.
Kerjasama erat ini menjadi asas penting kepada pelaksanaan projek yang tersusun, pantas, dan berimpak tinggi agar setiap sen yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Semoga segala komitmen dan hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang cekap dan berkesan demi kemakmuran dan kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




