Program Penyampaian Bakul Kasih Johor 2026 Di PPR Perling

Kerajaan Negeri Johor komited memperkukuh jaringan keselamatan sosial melalui pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor dengan peruntukan melebihi RM30 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga di kesemua 56 DUN.

Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menyempurnakan Program Penyampaian Bakul Kasih Johor 2026 kepada lebih 500 keluarga di PPR Perling sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk menyantuni rakyat secara langsung serta memastikan kebajikan Bangsa Johor terus terpelihara.

Setiap penerima akan menerima bakul makanan yang merangkumi keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum, gula dan barangan dapur lain. Walaupun nilainya sederhana, bantuan ini diharap dapat membantu memenuhi keperluan asas keluarga.

Saya turut berharap inisiatif ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para penerima bagi meringankan beban perbelanjaan harian khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup semasa serta memastikan manfaatnya benar-benar dirasai oleh golongan sasar.

Kerajaan Negeri akan terus komited memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat demi memastikan Bangsa Johor hidup dalam keadaan yang lebih sejahtera, inklusif dan makmur. Semoga usaha ini terus memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh rakyat Johor. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor