Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor 2026

Syukur Alhamdulillah, sempena Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor 2026, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga jururawat yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negeri ini.

Jururawat merupakan antara tunjang utama sistem kesihatan yang sentiasa berada di barisan hadapan, bukan sahaja ketika berdepan situasi kecemasan, malah dalam memastikan setiap pesakit menerima rawatan, perhatian dan sokongan yang sewajarnya. Pengorbanan mereka amat besar nilainya serta wajar dihargai oleh seluruh masyarakat.

Justeru, sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti yang dicurahkan, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM500,000 kepada jururawat bagi menyokong latihan dan kursus peningkatan kompetensi, serta RM100,000 kepada Pembantu Perubatan (Medical Assistant) untuk program pembangunan kemahiran dan profesionalisme.

Inisiatif ini adalah komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan, pembangunan kerjaya dan persekitaran kerja petugas kesihatan terus diperkasa sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka kepada rakyat Johor.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sentiasa berada di sisi rakyat ketika saat-saat yang paling memerlukan. Saya doakan agar semoga seluruh warga jururawat terutamanya di Johor terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kecekalan untuk meneruskan khidmat bakti yang amat bermakna kepada masyarakat dan Bangsa Johor. Insya-Allah. 

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

Skip to content