Program Semarak Ramadan 2025 Mendidik Kepentingan Hormat Bulan Ramadan
Kita lancarkan Program Semarak Ramadan 2025 pagi ini. Kita buat di kawasan Tok Jun Zulkurnain Kamisan. Terima kasih ya Tok Jun bagi tumpang izin.
Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor ambil inisiatif baik dalam mendidik orang ramai perihal pematuhan kepada Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Kita bukan sahaja tidak boleh makan minum sebelum tiba waktu berbuka puasa. Tetapi kita juga kena menghormati waktu jualan makanan dan minuman bagi menghormati suasana di bulan puasa.
Mudah-mudahan usaha baik ini mendapat sokongan baik dari orang ramai.