Pembentangan OLA Fokus Isu Pemerkasaan Bahasa Inggeris & STEM
Alhamdulillah, baru-baru ini berlangsung sesi pembentangan akhir bagi Program Onn Leadership Accelerator (OLA) 2024 di Pejabat Institut Dato’ Onn (IDO).
Saya difahamkan, 8 kumpulan peserta telah membentangkan projek sosial mereka dalam dua fokus utama:
1. Pemerkasaan Bahasa Inggeris
2. Pemerkasaan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik)
Antara panel jemputan yang hadir termasuk En Mohd Ermy bin Mohd Kasah, Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan barisan pegawai-pegawai SICS+ – Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru & Pasir Gudang.
Saya yakin idea Orang Muda Johor, khususnya dalam kalangan peserta OLA ini memiliki pemberat dan rasional tersendiri dalam membangunkan projek sosial yang memberi impak kepada komuniti.
Teruskan memainkan peranan dan fungsi anak muda atau belia yang menyumbang idea dan saranan bermanfaat bukan sahaja untuk membantu Kerajaan Negeri Johor dalam menambahbaik pelaksanaan inisiatif, pada masa sama memberi sumbangan semula kepada masyarakat setempat.
Gambar: Facebook Rasmi Institut Dato’ Onn
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah