Program Semarak Sihat Di Taman Merdeka, Johor Bahru
Syukur Alhamdulillah, saya bersama YB Tuan Ling Tian Soon, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, berkesempatan menyertai Program Semarak Sihat di Taman Merdeka, Johor Bahru yang menghimpunkan lebih 1,200 Bangsa Johor.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh agenda kesihatan awam serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat, di samping mengeratkan semangat kebersamaan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Dalam mendepani cabaran penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi, usaha membudayakan aktiviti sihat serta saringan kesihatan awal akan terus diperkasakan. Kesihatan yang baik merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang produktif, sejahtera dan berkualiti.
Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program ini termasuk senamrobik, saringan kesihatan, pameran pemakanan sihat, pendidikan kesihatan serta pengenalan aplikasi BookDoc yang bertujuan menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat secara berterusan.
Semoga Program Semarak Sihat ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam membentuk Bangsa Johor yang lebih sihat, cergas dan sejahtera demi masa depan negeri yang lebih maju dan makmur. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




