Projek Rancangan Tebatan Banjir Negeri Johor
Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk mengurangkan risiko banjir, terutama di kawasan yang sering terjejas. Projek ini melibatkan pelaksanaan beberapa inisiatif penting bagi mengawal dan mengurus banjir, dengan impak hanya dapat dinilai sepenuhnya setelah semua projek disiapkan.
Terdapat 10 projek utama RTB di Johor sedia ada, yang meliputi beberapa daerah seperti Segamat, Tangkak, Batu Pahat, dan Kota Tinggi. Antara projek besar yang telah dijalankan termasuk RTB Batu Pahat dengan kos RM1.18 bilion, RTB Sungai Johor berjumlah RM2.24 bilion, RTB Daerah Kluang dengan peruntukan RM1.7 bilion, serta RTB Sungai Muar yang menelan belanja RM1.94 bilion.
Kesemua 10 projek ini adalah di bawah peruntukan dari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), dengan jumlah keseluruhan kos kontrak sebanyak RM1.448 bilion, termasuk projek dalam pra-pelaksanaan. Projek RTB dengan jumlah kos RM1.448 bilion ini dijangka dapat mengurangkan risiko banjir di 139 kawasan hotspot banjir.
Sehingga kini, sebanyak 9 projek sedang dalam pelaksanaan, manakala 1 projek masih di peringkat pra-pelaksanaan. Di samping itu, beberapa projek RTB lain sedang dalam perancangan dan telah dimohon di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Rolling Plan 5, dengan jumlah permohonan sebanyak RM1.9 bilion, untuk memperkukuhkan lagi usaha mitigasi banjir di negeri ini.
Saya yakin dan percaya dengan pelaksanaan yang menyeluruh dan berterusan, diharapkan projek-projek ini dapat memberikan perlindungan yang lebih baik kepada rakyat dan bangsa Johor serta mengurangkan kerugian harta benda akibat banjir di masa hadapan. InsyaAllah
Semoga segala usaha semua pihak yang terlibat ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada orang ramai yang selama ini terjejas akibat banjir. aamiin