PROJEK SAKIT – TAMAN KOPERASI NELAYAN MERSING JOHOR

Susulan lawatan saya ke Taman Koperasi Nelayan Mersing pada 15 Oktober 2024 & mesyuarat pada 14 November 2024 yang lalu, seperti saya maklumkan dalam posting saya akan hadir untuk lawatan tapak pada bulan Januari 2025.

Dalam mesyuarat lalu hasil bantuan Jabatan Perumahan Negara, pemaju asal projek ini yang berasal dari Mentakab Pahang hadir sendiri bagi membincangkan masalah sistem perpaipan yang masih tidak mencapai tekanan yang telah ditetapkan.

Pihak pemaju telah menyatakan komitmen menggantikan semua paip yang bocor mengikut spesifikasi SAJ bagi mencapai tekanan 5 bar yang ditetapkan.

Dalam mesyuarat 14 November 2024, tempoh masa yang diberikan untuk siap baiki sistem paip tersebut adalah sehingga 16 Januari 2025.

Namun bagitu, atas beberapa kekangan berlaku sedikit kelewatan untuk baikpulih paip tersebut. Hasil tinjauan lawatan saya tadi, kerja-kerja baikpulih paip telah mencapai 80 % siap.

Pihak pemaju dan kontraktor juga telah menyelesaikan penghantaran semua dokumen pematuhan CCC iaitu borang G1- G21 kecuali borang G5 & G13 yang melibatkan SAJ bagi mempercepat urusan pemeriksaan ke atas tapak dan kemudian pemprosesan pengeluaran CCC oleh Majlis Daerah Mersing.

MY Mersing melalui kepimpinan Tuan YPD Encik Norman & Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor seperti sebelum ini akan terus memantau secara agresif semua kerja yang dilaksanakan oleh pemaju.

Sekiranya pihak pemaju, kontraktor & konsultan berjaya mematuhi semua spesifikasi dan garis masa yang ditetapkan, CCC akan dikeluarkan Q1 2025 dan selepas itu akan dilaksanakan serahan kunci kepada 23 orang pembeli yang telah menunggu selama 7 tahun.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri dibawah urustadbir YAB Dato Onn Hafiz Ghazi i akan berusaha semaksimum mungkin dengan pasukan Kerajaan Negeri bagi memastikan urusan ini diselesaikan agar nasib rakyat yang telah menanggung kos berganda kerana membayar duit sewa rumah & ansuran bulanan rumah yang dibeli sejak 7 tahun lalu terbela dan mereka boleh segera boleh mendiami rumah mereka.

Penyelesaian projek sakit atau terbengkalai bukan sesuatu yang mudah, tetapi Kerajaan Negeri Johor bersama Kerajaan Persekutuan akan berkerja sebagai satu pasukan komited membantu rakyat. InsyaAllah.

Turut hadir Tuan Haji Youzaimi Yusof Penyelaras JKPD Endau merangkap Ketua UMNO Bahagian Mersing dan Sdri. Rina Farhana Ketua Whip Majlis Daerah Mersing dan Ketua-Ketua Jabatan serta Wakil Agensi berkaitan.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor